![]() |
Puan Ho Chai Huey Pengarah Kepentingan Awam |
Puan Ho Chai Huey dilantik selaku Ahli Lembaga Pengarah Private Pension Administrator Malaysia Malaysia pada 6 Januari 2025.
Beliau kini merupakan Perunding Kanan IT dan Pengurusan Projek dengan STF Resources Sdn Bhd (STFR) yang menyediakan perkhidmatan perundingan IT mengenai pelan strategik IT dan transformasi digital termasuk pengurusan risiko teknologi kepada institut profesional gabungan STFR dalam sektor kewangan.
Puan Ho seorang profesional pengurusan IT yang berpengalaman selama 38 tahun, beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia sebagai Penganalisis Teknologi Maklumat (IT) pada tahun 1983 sehingga beliau bersara sebagai Pengarah IT pada 6 Julai 2016. Beliau telah memegang jawatan penting dalam sektor korporat, termasuk dilantik dalam Lembaga Pengarah HSBC Amanah Malaysia Berhad, di mana beliau mengetuai Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran dan Jawatankuasa Audit. Sebagai tambahan kepada peranannya sekarang, beliau berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Cagamas Berhad, dan merupakan ahli Jawatankuasa Risiko dan Jawatankuasa Pampasan dan Organisasi Kakitangan Lembaga. Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah AEON Bank (M) Berhad, di mana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Risiko Lembaga dan menganggotai Jawatankuasa Audit, dan Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran. Puan Ho memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Kepujian Kelas 1 Perangkaan dari Universiti Malaya pada tahun 1983.