Kata Aluan CEO

H_1 Husaini Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif

Selamat datang ke laman web kami!

Jika ini adalah lawatan pertama anda, banyak maklumat yang terdapat di sini boleh membantu anda membuat simpanan persaraan anda dengan PRS. Dan, sekiranya anda merupakan seorang Ahli PRS, sila layari ‘laman utama’ kami bagi mendapatkan lebih banyak maklumat yang terkini mengenai simpanan PRS.

Sedangkala kita sibuk dengan kerjaya, pelajaran dan kehidupan seharian; simpanan untuk masa depan kita terutama untuk persaraan mungkin bukan salah satu keutamaan kita. Tidak dinafikan bahawa setiap dari kita sentiasa mempunyai keutamaan dan komitmen yang tersendiri, namun kita tidak boleh mengabaikan betapa pentingnya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara persaraan kita.

PRS – sebuah skim simpanan dan pelaburan sukarela jangka panjang – direka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk masa depan anda. Sama ada anda bekerja dengan majikan atau bekerja sendiri, anda perlu menambah simpanan persaraan anda di bawah skim PRS yang berstruktur, dikawal selia dan dipercayai. Jika anda seorang majikan, PRS juga boleh dimanfaatkan untuk menarik minat dan mengekalkan kesetiaan para pekerja anda selain mempromosikan kesejahteraan kewangan secara menyeluruh dalam organisasi anda.

Salah satu ciri unik PRS adalah kewujudan PPA selaku pentadbir pusat untuk skim ini. Ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, PPA bertujuan untuk memberi perkhidmatan dan melindungi kepentingan setiap Ahli PRS. Berpegang dengan motto ‘Kami di sini untuk anda’, PPA menyediakan pengurusan akaun seumur hidup, perkhidmatan Ahli dan berfungsi sebagai pusat sumber sehenti untuk semua perkara berkaitan PRS.

Untuk Ahli PRS, anda boleh menyemak setiap akaun PRS anda secara berpusat melalui Portal Ahli PRS yang dibangunkan oleh PPA untuk memantau simpanan dan prestasi setiap dana anda. Anda juga boleh MENDAFTAR secara ‘online’ sama ada membuka akaun baru PRS atau melabur dalam dana PRS yang baru, serta MENAMBAH NILAI caruman PRS anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan mudah, selesa dan selamat melalui perkhidmatan PRS Online yang dibangunkan oleh PPA.

Adalah kurang lengkap sekiranya saya tidak berkongsi dengan anda bahawasanya tiada istilah terlalu awal atau terlalu lewat untuk mula menyimpan untuk persaraan. Membina sumber simpanan tambahan sekarang akan mengukuhkan kesejahteraan anda ketika persaraan kelak.

Oleh itu, bertindaklah dan mulakannya hari ini.

Simpan di PRS.

Husaini Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif