Keistimewaan Ahli

Berikut adalah apa yang boleh anda nikmati sebagai Ahli PRS

Apabila anda melabur dalam mana-mana Dana PRS, anda akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli seumur hidup PPA. Anda akan menerima Nombor Akaun Sepanjang Hayat dan juga diberikan akaun dalam talian.

Dengan akaun dalam talian, anda boleh melihat dan memantau harga dana terkini, maklumat caruman PRS dan ringkasan akaun pelaburan PRS anda. Akaun dalam talian juga menawarkan akses menyeluruh daripada semua pelaburan anda yang dibuat dengan setiap Penyedia.

Perkhidmatan PPA untuk anda

Berikut adalah perkhidmatan lain yang tersedia untuk anda:

  • Pembukaan akaun
  • Caruman tetap
  • Pengeluaran pra-persaraan
  • Memudahkan pindahan Penyedia
  • Laporan berpusat
  • Pentadbiran berpusat
  • Pertanyaan dan pengendalian aduan
  • PPA menyimpan semua rekod transaksi PRS menerusi akaun dalam talian PPA anda

Penyata Berpusat

Ahli akan menerima penyata tahunan yang disatukan setiap tahun. Penyata akan dihantar kepada ahli melalui e-mel bagi yang telah mendaftar alamat e-mel mereka dengan kami. Salinan cetak akan dihantar kepada ahli yang lain. Sebagai alternatif, ahli boleh melihat penyata yang disatukan secara dalam talian atau memuat turun satu salinan untuk rekod mereka. Bahagian yang berbeza akan dipaparkan bagi caruman individu dan caruman majikan (di mana caruman PRS yang dibuat bagi pihak anda oleh majikan).

Sokongan ahli

Peranan utama kami sebagai Pentadbir Pencen Swasta Malaysia adalah untuk berkhidmat dan melindungi kepentingan ahli PRS seperti anda. Untuk itu, kami menawarkan saluran sokongan berikut untuk kemudahan anda.

Pusat Panggilan

Pusat Panggilan PPA disediakan daripada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Wakil-wakil perkhidmatan ahli kami dapat membantu dari segi: –

  • Urusan pentadbiran akaun PPA
  • Memudahkan tindak balas kepada pertanyaan ahli mengenai pelaburan PRS yang dibuat dengan Penyedia
  • Pertanyaan umum daripada orang ramai mengenai PPA dan PRS
  • Menyediakan maklum balas pelbagai bahasa dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil

Hubungi Pusat Hotline: 1-300-131-772

Tanya PPA

Ahli PRS juga boleh menulis kepada kami di askPPA@ppa.my. Majoriti pertanyaan boleh dilayan dalam tempoh 24 jam.  Tempoh maklum balas yang lebih lama mungkin diperlukan sekiranya kami perlu menghubungi Penyedia anda untuk siasatan lanjut.

Pentadbiran Akaun PPA

Bagi mendapatkan bantuan lanjut mengenai bagaimana untuk mengendalikan akaun dalam talian PPA anda, sila rujuk kepada panduan yang berikut:

Sila klik di sini untuk melihat panduan visual tentang bagaimana untuk Log Masuk Kali Pertama

Sila klik di sini untuk melihat panduan visual mengenai cara untuk Tukar Kata Laluan anda

Sila hubungi Pusat Panggilan PPA di 1-300-131-772 jika:

  • Anda telah ditahan daripada akses ke akaun dalam talian PPA;
  • Anda mahu menetapkan semula kata laluan;
  • Anda ingin mengemas kini butiran peribadi;
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan akaun PPA dalam talian anda.

Pengendalian Aduan

Kami menganalisis semua aduan dan mengambil kira sama ada aduan itu mempunyai asas dan berdasarkan peraturan serta garis panduan sedia ada. Apabila aduan itu merupakan satu perkara serius yang memerlukan perubahan dalam peraturan atau garis panduan yang sedia ada, kami akan mengajukan kepada pengawal selia untuk pertimbangan selanjutnya.

Anda boleh membuat aduan kepada PPA melalui saluran berikut: –

Melalui Telefon: 1-300-131-772

E-mel: askPPA@ppa.my

Kami menerima aduan dalam tempoh 24 jam dan akan berusaha untuk menyelesaikan sebarang aduan dalam tempoh 2 hari bekerja (bagi aduan yang tidak memerlukan siasatan) dan dalam masa 7 hari bekerja (bagi aduan yang memerlukan siasatan).