Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman
Pengarah Kepentingan Awam

Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman dilantik selaku Ahli Lembaga Pengarah Private Pension Administrator Malaysia pada 15 Mac 2022.

Beliau adalah seorang profesional C-Suite berpengalaman dengan pengalaman selama 30 tahun dalam industri makanan, pertanian, perkhidmatan kewangan dan pengurusan aset institusi. Beliau mengangoti pelbagai jawatan Lembaga Pengarah dan pelbagai peranan di C-Level memberikan perspektif strategik yang unik dalam pengurusan portfolio kewangan korporat dan pelbagai aset berbilang perniagaan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam mengubah perniagaan serta menguruskan pelaksanaan strategi operasi yang berkesan.

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi, Lembaga Pengarah dan Penasihat lebih 35 entiti merentasi pelbagai sektor seperti perladangan, perniagaan tani hiliran, oleokimia, barangan pengguna, teknologi, perjalanan, pembinaan, ternakan, logistik, perdagangan, fintech dan ekuiti persendirian.

Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman memiliki PhD dalam Kewangan dan MBA (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia masing-masing pada 2004 dan 2011. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Perniagaan dari University of Huddersfield, UK pada tahun 1992. Beliau telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan (AMP) Harvard Business School pada tahun 2009.

Beliau kini merupakan Pengerusi IIUM Holdings Sdn Bhd dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas CBIP Holdings Berhad. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaburan BCP Asia Fund 1 LP dan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Pelan Pemulihan FELDA.