datuk_zaiton_ppa Datuk Zaiton Binti Mohd Hassan
Pengerusi & Pengarah Faedah Awam

Datuk Zaiton merupakan Ahli Fellow dan ahli Majlis bagi Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom, ahli jawatankuasa International Federation of Accountants (IFAC) Professional Accountants in Business (PAIB), serta ahli Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Certified Public Accountants.

Beliau memulakan kerjayanya bersama PriceWaterhouse dan kemudiannya menyertai Bank Pembangunan sebagai Pegawai Projek. Beliau seterusnya menyertai Maybank di mana beliau telah berkhidmat selama 12 tahun dalam pelbagai jawatan kanan termasuk mengetuai jabatan Perbendaharaan, Operasi Antarabangsa, Operasi Cawangan dan Perancangan Strategik Kumpulan. Beliau meninggalkan Maybank untuk menubuhkan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) pada tahun 1996 dan merupakan Presiden / Pengarah Eksekutif sehingga 2004. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menubuhkan Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) pada tahun 2015 dan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga kini.

Datuk Zaiton memiliki pengalaman luas sebagai pengarah bebas. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus & Audit Kumpulan Sime Darby Berhad (sebelum penstrukturan semula korporat), beliau kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus & Audit Sime Darby Plantation Berhad. Beliau kini merupakan Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Bank Islam Malaysia Berhad sejak tahun 2006 dan mempengerusikan Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan serta Jawatankuasa Risiko Lembaga.

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Private Pension Administrator oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 2012 untuk membangunkan Skim Persaraan Swasta (PRS) di Malaysia.