H_1 Husaini Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif

Husaini Hussin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sejak Oktober 2016. Beliau menyertai PPA selaku Ketua Pegawai Operasi ketika ia ditubuhkan pada 2012, di mana beliau memainkan peranan utama dalam pembentukan dan penyelarasan operasi PPA sebagai Pentadbir Pusat untuk Skim Persaraan Swasta (PRS).

Sebagai seorang perancang kewangan konvensional dan syariah bertauliah, Husaini mempunyai minat mendalam dalam perancangan persaraan dan PRS, dan sentiasa memberikan ceramah di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia, dan kini melalui webinar.

Sebelum menyertai PPA, Husaini pernah berkhidmat selama 20 tahun bersama syarikat industri minyak dan gas gergasi, Petronas dan Shell Malaysia, serta firma konsultansi global, KPMG Consulting. Sepanjang bersama syarikat-syarikat antarabangsa ini, beliau seringkali melawat ke pelusuk negara dan Asia Pasifik, termasuk juga ke London.

Husaini dibesarkan di Seberang Perai, dan menghabiskan zaman remaja beliau di sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah, sebelum menamatkan pengajian dalam bidang Matematik Aktuari di University of Michigan, Ann Arbor, United States.

Husaini kini juga berkhidmat sebagai:
Bendahari, Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC)
Setiausaha Kehormat, Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM)
Felo Industri, Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), Universiti Malaya