Mr SM Thanneermalai
Pengarah Kepentingan Awam

Encik SM Thanneermalai telah dilantik selaku Ahli Lembaga Pengarah Private Pension Administrator Malaysia pada 2 Ogos 2021.

Encik SM Thanneermalai merupakan Pengarah Urusan Thannees Tax Consulting Services Sdn Bhd dan telah berkhidmat dalam bidang percukaian sejak 1980. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Senior Tax Partner di PwC dan Pengarah Urusan di Crowe Horwath KL Tax Sdn Bhd.

Encik SM Thanneermalai memiliki lebih 40 tahun pengalaman dalam menangani isu-isu yang rumit tentang cukai, serta menyelesaikan pelbagai permasalahan percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Di samping itu, beliau adalah seorang ahli Chartered Accountants of England and Wales dan Institut Akauntan Malaysia.

Encik SM Thanneermalai juga merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Malaysian Tax Research Foundation. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden di Institut Cukai Berkanun Malaysia.