Maklumat penting lain
Yuran dan Caj PPA
Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan anda dinasihatkan untuk mempertimbangkannya sebelum mencarum kepada skim ini. Jadual di bawah menyatakan maklumat mengenai yuran PPA berkenaan akaun PRS anda.
Yuran dan Caj Penyedia
Mungkin ada perbezaan yuran dan caj di antara Penyedia PRS. Senarai di bawah ini menyediakan beberapa bayaran am yang dikenakan oleh Penyedia PRS.
• Caj jualan – untuk membayar perkhidmatan pemasaran dan servis
• Yuran pengurusan tahunan – untuk membayar perkhidmatan pengurusan pelaburan
• Yuran transaksi seperti yuran penukaran, yuran pemindahan dan caj penebusan – untuk membayar pentadbiran urus niaga anda
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap yuran dan caj Penyedia PRS atau membuat perbandingan yuran, sila ke bahagian Penyedia & Skim PRS.
Risiko Pelaburan
Apabila anda melabur dalam Dana PRS, ada risiko pelaburan yang terlibat. Ini adalah risiko am yang terdedah kepada anda ketika melabur dalam mana-mana Dana PRS serta risiko khusus yang berkaitan dengan portfolio pelaburan setiap Dana PRS. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan jenis risiko yang boleh mempengaruhi anda dan dana. Perbezaan ini ditunjukkan dalam Dokumen Pendedahan Skim PRS atau Helaian Penzahiran Produk.
Untuk mengetahui senarai risiko umum dan spesifik dana PRS dengan Penyedia PRS masing-masing, sila ke bahagian Dana & Penyedia. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi mana-mana Penyedia PRS dan meminta salinan Dokumen Pendedahan Skim PRS atau Helaian Penzahiran Produk.
Mengenai Dana PRS
Menyertai PRS