NEWS

Golongan muda disaran mengaplikasi panduan kewangan

Selain menambah pengetahuan literasi kewangan, golongan muda juga disaran untuk mengaplikasikan beberapa panduan kewangan bagi memastikan kesan daripada pasca pandemik COVID-19, tidak mempengaruhi simpanan mereka khususnya bagi dana persaraan.

Pengurus Pendidikan Kewangan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, Private Pension Administrator Malaysia (PPA), Mohamed Farith Mohamed Jamal berkata ramai golongan muda perlu mengambil peluang bermula sekarang kerana golongan ini mempunyai masa yang panjang untuk membina dana persaraan mereka.

Source: