SAYA TENTUKAN MASA DEPAN SAYA

Sebagai seorang belia, kita berusaha untuk mengharungi cara sendiri di dunia, membina kerjaya kita dan mengatasi pelbagai cabaran baru. Daripada menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baru serta mencetus kejayaan dalam kerjaya, anda mengawal hala tuju anda dalam kehidupan. Begitu juga dengan kehidupan anda selepas bersara.

Menurut laporan, hanya 3% daripada rakyat Malaysia akan mampu menanggung kehidupan selepas bersara dan lebih membimbangkan, 60% belia Malaysia tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk bertahan lebih daripada tiga bulan. Walau bagaimanapun, jangan biarkan ini menghalang anda; sebaliknya, anda boleh mengalahkan kemungkinan ini dengan mengambil alih masa depan anda.

Ini kerana masa depan adalah milik anda untuk mencipta.

Mungkin anda membayangkan diri anda menetap dengan selesa di rumah impian anda atau melancong di seluruh dunia. Tidak kira di mana anda melihat diri anda dalam kehidupan selepas tamat pekerjaan, ianya tidak terlalu awal untuk mencipta rancangan dan berusaha ke arah merealisasikannya. Sebaik sahaja anda bertekaduntuk menjalani kehidupan mengikut syarat anda, anda juga perlu memastikan anda bersedia dari segi kewangan untuk kesejahteraan masa depan anda. Kenali tentang Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk memberi anda permulaan yang awal.

REALISASIKANNYA BERSAMA PRS

Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang secara sukarela yang membolehkan anda menyimpan lebih banyak untuk masa hadapan anda.

Sesuatu yang berfaedah memerlukan masa dan usaha. Walaupun anda mungkin mempunyai permulaan yang perlahan, usaha kecil anda akan membuat perubahan besar apabila anda mendapat momentum. Jika anda tidak pasti cara untuk bermula, biar kami membantu anda ke arah perubahan masa hadapan.

Walaupun amaun kecil, ianya dikira.

Anda boleh bermula dengan RM100 sebulan dan secara berperingkat menyimpan lebih banyak dalam PRS apabila pendapatan anda meningkat pada tahun-tahun akan datang. Walaupun anda bermula dari kecil, anda boleh meraih ganjaran yang besar kemudian.

Kajian dan laporan juga menyarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua pertiga (67%) daripada pendapatan terakhir anda bagi mengekalkan gaya hidup sekarang ketika anda bersara. Dengan menggunakan kalkulator persaraan PPA sebagai panduan untuk anda mengira berapa banyakkah yang anda perlu simpan untuk persaraan.

Lakukan semuanya melalui PPA dengan PRS Online.

Mudah, Selesa, Selamat. Anda boleh mendaftar untuk akaun PRS atau tambah nilai akaun PRS anda secara atas talian melalui PRS Online, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menggunakan alat peranti pintar anda.

Bagi pemohon baru berumur 30 tahun dan ke bawah, nikmati caj jualan 0% apabila anda mendaftar melalui PPA dengan PRS Online.

PRS direka untuk memenuhi keperluan anda.

Pilih daripada Penyedia PRS yang menawarkan pelbagai dana (Konvensional atau Patuh Syariah) yang ditubuhkan dengan tahap risiko yang berbeza.

Kami juga permudahkan untuk anda. Sekiranya anda tidak pasti dana jenis mana yang hendak dipilih, anda boleh buat pilihan yang ditetapkan untuk dana teras, yang secara automatik memperuntukkan anda kepada dana PRS berdasarkan kumpulan umur anda. Ataupun, anda boleh memilih dana PRS berdasarkan selera risiko anda.

SEKARANG ADALAH MASA YANG TERBAIK UNTUK BERMULA

Semakin cepat anda mula menyimpan, semakin lama wang anda mempunyai masa untuk bertambah. Lakukan simpanan wang anda dan biarkan pertumbuhan kompaun bertambah bagaikan Magic.

“Mula awal. Saya mula membina bola salji kecil ini di puncak bukit yang sangat panjang.”

– Warren Buffet

Pertumbuhan secara kompaun ialah apabila pulangan simpanan anda dilaburkan semula untuk penambahan masa hadapan dalam skim simpanan jangka panjang contohnya seperti PRS.

WALAUPUN DALAM JUMLAH YANG KECIL, IANYA TETAP BERTAMBAH

Dengan pengkompaunan, jumlah yang kecil pun boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, jika anda menabung RM25 seminggu selama 30 tahun, anda akan mendapat RM39,000. Tetapi jika anda melaburnya, berikut ialah potensi jumlah yang boleh berkembang.

Tahun Pertama

Pelaburan awal berpotensi untuk memperoleh pulangan.

Tahun Kedua

Pulangan yang diperoleh ditambah kepada pelaburan.

Tahun Ketiga

Pulangan terkumpul dari semasa ke semasa akan menjana lebih banyak pulangan.

Bayangkan pertumbuhan kompaun sebagai melancarkan bola salji menuruni bukit. Selagi simpanan anda berguling menuruni bukit, ia secara beransur-ansur menjadi lebih besar apabila ia sampai ke bawah bukit. Kuncinya adalah untuk mempunyai bukit yang sangat panjang dan membina bola salji dengan bermula menyimpan pada umur yang lebih muda atau lebih lama.

Mari kita lihat situasi dua rakan sekerja, Maria dan Jeff.

Pada usia 60 tahun, Maria mempunyai simpanan yang lebih besar kerana dia mula menyimpan sejak awal, walaupun caruman bulanannya lebih rendah.

Maria Jeff
Umur 25 35
Pendapatan Terkini 2,500 3,400
Baki Skim Persaraan Wajib 0 100,000
Baki PRS 0 0
Baki Tahunan Persaraan 35 25
PRS Simpanan Gaji Bulanan (%) 4% 7%
PRS Simpanan Gaji Bulanan (RM) 100 210
Simpanan PRS pada Umur 60 Tahun 207,711 194,429
Jumlah Caruman PRS (RM) 73,000 92,000

Pulangan Tahunan* (%) – 6%

Sila Lihat Penafian dibawah.

Buat keputusan yang bijak dan nikmati lebih banyak untuk hidup anda selepas anda bersara.

Usah biarkan apa-apa menghalang anda