SAYA, SUKA PELEPASAN CUKAI PRS RM3,000

Menyimpan untuk persaraan anda adalah lebih menjimatkan melalui Pelepasan Cukai PRS. Sama ada anda baru berdaftar atau ingin menambah simpanan dalam akaun anda, anda pasti menyukai manfaat Pelepasan Cukai PRS sehingga RM3,000 setiap tahun ini.

PELEPASAN CUKAI PRS DILANJUTKAN KE TAHUN 2025

Pelepasan Cukai PRS diperkenalkan khusus untuk menggalakkan anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda.

Berita baiknya ialah setiap individu yang membuat sumbangan ke dana PRS dibenarkan menuntut pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Insentif cukai ini sah sehingga tahun taksiran 2025.

BERAPA BANYAK YANG ANDA BOLEH JIMAT?

Jadual ini menunjukkan ilustrasi berkenaan jumlah pelepasan cukai yang anda bakal perolehi melalui sumbangan tahunan RM3,000 ke akaun PRS anda.

Misalnya, sekiranya kurungan cukai anda ialah 11%, caruman PRS sebanyak RM3,000 akan memberikan penjimatan cukai berjumlah RM330.

Saya suka Pelepasan Cukai PRS kerana saya mendapat dua manfaat sekaligus –
menikmati pelepasan cukai serta pada masa yang sama dapat menyimpan lebih
banyak untuk persaraan!

Daftar atau tambah simpanan akaun PRS anda sekarang.

Enrol-Button Top-Up-Button