Ketahui lebih lanjut mengenai PRS
Ketahui lebih lanjut mengenai PRS
Meningkatkan Skim Pencen
PRS adalah inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 untuk mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta yang direka untuk menyediakan dana persaraan tambahan. PRS dijangka menyumbang ke arah tunggak tiang ketiga (sukarela) sebagai sebahagian daripada skim pencen yang teguh di negara ini.
Pemegang Amanah Skim
Setiap skim PRS perlu melantik pemegang amanah skim PRS yang diluluskan untuk memantau secara aktif operasi dan pengurusan dana di bawah skim oleh Penyedia PRS demi melindungi kepentingan ahli. Para pemegang amanah skim mempunyai kewajipan fidusiari untuk memastikan bahawa Penyedia PRS mematuhi surat ikatan amanah dan dokumen penerangan. Di samping itu, pemegang amanah PRS menyediakan penjagaan untuk asset dana PRS.
PRS dan Anda