Simpanan tambahan untuk persaraan anda
Apakah PRS?
Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka bagi membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan. PRS berusaha untuk memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia. Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko mereka sendiri. Pilihan dana di bawah PRS bertujuan untuk meningkatkan pulangan jangka panjang bagi ahli dalam kerangka kerja yang dikawal selia.
Objektif PRS
Negara berpendapatan tinggi mesti mempunyai rangka kerja keselamatan sosial yang mantap dan mampan untuk memastikan simpanan persaraan yang mencukupi. PRS memainkan peranan penting dalam industri persaraan swasta sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi di bawah Entry Point Project 6 (EPF6), dengan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia semasa bersara melalui penjimatan tambahan. Dengan kerangka kerja kawal selia yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, PRS membentuk tunggak ketiga kerangka kerja persaraan di Malaysia.
PRS dan Anda