Persaraan Sepatutnya Menjadi Ganjaran Anda

Kita bekerja keras untuk menyara dan menyediakan kehidupan yang terjamin untuk diri dan keluarga kita. Namun, semasa di alam pekerjaan – di samping mencapai matlamat dalam kerjaya dan lain-lain – pernahkah anda berhenti sejenak untuk memikirkan kehidupan selepas bekerja nanti?

Sekiranya jawapannya tidak, anda bukanlah keseorangan. Laporan menyatakan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak bersedia untuk persaraan. Satu kebarangkalian kenapa terjadinya senario ini adalah kerana kurangnya pengetahuan kewangan di kalangan rakyat Malaysia, iaitu hanya 36%, berdasarkan kajian Bank Dunia. Malah, disebabkan persaraan sering dianggap sebagai satu prospek yang masih jauh, kita sering tidak merancang untuknya, dan menyangkakan ianya akan diuruskan kemudian atau tangguh pada fasa pekerjaan yang seterusnya.

Sama ada pergi melancong dunia dengan keluarga, mendaki gunung sesama sahabat yang meminati aktiviti luar atau menghabiskan masa di badan-badan amal, persaraan seharusnya menjadi tempoh di mana anda akhirnya dapat menikmati setiap apa yang anda usahakan. Dan, apabila tiba waktu itu, simpanan persaraan dijangka akan memberikan pendapatan yang mencukupi untuk anda menikmati segala yang anda mungkin ketepikan sebelum ini.

Inilah Jumlah Yang Anda Perlu Simpan Untuk Persaraan Anda

Anda mungkin telah menonton video terbaru kami yang memaparkan 10% dengan irama “ten, ten, ten, TEN” ala Beethoven’s Fifth Symphony. Jika belum, anda boleh menontonnya di sini.

Kajian dan laporan mengesyorkan anda untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua pertiga (67%) daripada gaji terakhir sebagai jumlah yang diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup anda selepas bersara. Untuk mencapai penanda aras dua pertiga ini, PPA mencadangkan anda mengenepikan satu pertiga (33%) gaji bulanan anda untuk simpanan persaraan.

Di Malaysia, jika anda bekerja di sektor swasta, anda kemungkinan besar telah mencarum 11% daripada gaji kepada skim mandatori, selain caruman minimum majikan sebanyak 12%. Oleh itu, bagi sebilangan besar daripada kita, caruman mandatori kita menyumbang sebanyak 23%.

Maka, anda hanya perlu membuat simpanan tambahan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan dalam Skim Persaraan Swasta (PRS), skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda. Apabila anda menyimpan 10% atau lebih daripada gaji, anda sedang menyediakan diri untuk persaraan anda.

10 Peratus

Jumlah yang diperlukan untuk persaraan mungkin berbeza bergantung kepada gaya hidup individu. Anda boleh menggunakan kalkulator persaraan PPA sebagai panduan untuk mengetahui berapa banyakkah yang perlu disimpan untuk persaraan.

Setelah bekerja keras selama tiga hingga empat dekad, persaraan sepatutnya menjadi ganjaran anda.

Nikmati segala yang anda usahakan. Simpan di PRS.

Enrol-Button      Top-Up-Button