Kuasai simpanan anda
Jadikan Masa dan Pertumbuhan Kompaun Bekerja Untuk Anda
PRS adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang direka untuk persaraan anda. Apabila ia berkaitan dengan simpanan persaraan anda, elemen pengkompaunan adalah alat yang berkuasa kerana ia pada asasnya bermakna faedah atau pendapatan ditambah kepada pelaburan anda sepanjang tempoh anda melabur sehingga bersara. Beri masa caruman PRS anda untuk berkembang.
Bagi ilustrasi ringkas tentang bagaimana faedah kompaun berfungsi terhadap pelaburan PRS anda, lihat carta di bawah:
Carta di atas berfungsi sebagai ilustrasi sahaja dan keputusan mungkin berbeza-beza bergantung kepada pergerakan harga unit, pengedaran yang perlu dibayar, dan lain-lain.
Menyimpan Lebih Banyak dengan PRS adalah Lebih Baik untuk Persaraan Anda
Menambah pelaburan PRS anda akan meningkatkan pertumbuhan dana persaraan dengan memanfaatkan kuasa pengkompaunan. Lebih besar dana persaraan anda, lebih baik pembiayaan untuk keperluan persaraan anda. Tidak kira pada peringkat mana pun anda berada, anda boleh menyimpan lebih banyak untuk persaraan yang lebih baik.
Menyertai PRS