Mengapa anda perlu menyimpan untuk persaraan ?
Ketahuilah 3 Kebimbangan Persaraan
Persaraan memberikan makna yang berbeza kepada setiap orang. Tetapi segala keperluan, kehendak dan impian anda boleh dibahagikan menjadi hanya 3 faktor utama – mempunyai wang yang cukup untuk mengekalkan gaya hidup semasa, memastikan wang mencukupi selagi hidup, dan merancang dengan mengambil kira kesan inflasi.
01KECUKUPAN
Adalah disyorkan agar anda menyimpan satu pertiga gaji bulanan anda sekarang untuk memperoleh pendapatan gantian dua pertiga apabila anda bersara.
02KEBERHASILAN
Jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat dengan lelaki dijangka hidup sehingga usia 72 tahun manakala wanita sehingga umur 77 tahun (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016). Anda perlu mempunyai pendapatan gantian yang mencukupi untuk bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun.
PASTIKAN ANDA TIDAK
KEHABISAN WANG SIMPANAN
JANGAN JADI TANGGUNGAN KEWANGAN
03INFLASI
Mengekalkan taraf hidup sekarang memerlukan kos yang lebih tinggi pada masa akan datang.
INFLASI akan meningkatkan kos sara hidup anda dan menghakis kuasa membeli |
Menyertai PRS