SAYA MAHUKAN LEBIH DALAM KEHIDUPAN
Setiap orang pastinya mahukan sebuah kehidupan yang gembira. Dengan harapan yang tersemat di hati, kita mencari sebuah pekerjaan yang boleh menjamin masa depan sambil menghadapi tugasan harian di samping mengimbangi karier, kesihatan dan kebahagian. Persaraan kelihatan sangat mengujakan dengan memiliki lebih masa lapang, namun beban kewangan boleh membuatkan kehidupan anda kelak penuh dengan persoalan dan kerisauan.
Namun, bagaimanakah jikalau anda berjaya menikmati kehidupan yang anda mahukan? Bayangkan hari-hari anda dipenuhi masa untuk berehat, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat-handai serta menerokai minat anda. Apabila anda menyedari bahawasanya anda mahukan lebih dalam kehidupan ini, anda mempunyai pilihan berikut: untuk hidup secara ala kadar sahaja atau membina kehidupan sepertimana yang anda mahukan.
MENYIMPAN LEBIH UNTUK KEHIDUPAN SAYA DI MASA DEPAN
Walaupun telah menyimpan dalam skim mandatori, ianya belum tentu mencukupi untuk gaya hidup yang anda sentiasa impikan. Laporan menyatakan sebahagian besar pesara telah menghabiskan kesemua wang simpanan skim mandatori mereka dalam tempoh hanya lima tahun selepas bersara. Tambahan pula dengan peningkatan purata jangka hayat rakyat Malaysia*, 72.6 tahun untuk lelaki dan 77.6 tahun untuk wanita, anda perlu membuat simpanan yang lebih banyak untuk memastikan dana persaraan adalah mencukupi bagi menampung kehidupan sekurang-kurangnya bagi tempoh 15-20 tahun selepas persaraan.
*Sumber: Jabatan Statistik Malaysia 2020
PRS dan Anda
LEBIH SIMPANAN, LEBIH SELESA DENGAN PRS ONLINE
Dibangunkan oleh PPA, PRS Online merupakan perkhidmatan yang mudah dan selesa bagi anda membuka dan menguruskan akaun PRS anda pada bila-bila masa, di mana sahaja. Sentiasa berhubung serta simpan lebih banyak dengan PRS melalui akses secara langsung melalui mana-mana peranti pintar.
APABILA SAYA MENYIMPAN DI PRS, SAYA BOLEH MEMBAYANGKAN DIRI SAYA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SAYA MAHUKAN
Persaraan adalah untuk dinikmati, bukan untuk disesali. Gembirakan cucu-cucu anda dengan limpahan ganjaran dan pelbagai hadiah. Lawati tempat yang pernah menggamit memori dan hidupkan semula detik-detik indah ini bersama insan tersayang. Binalah kebun sayur yang selama ini anda impikan. Manjakan diri anda dengan perkara-perkara menggembirakan dalam hidup anda, seperti yang anda mahukan selama ini.
Mengetahui bagaimana anda mahu menikmati kehidupan akan memudahkan anda untuk mula merancang daripada sekarang. Nikmatilah hari-hari persaraan dengan melakukan perkara yang anda gembira bersama insan-insan tersayang yang paling penting dalam hidup anda. Saya, Simpan di PRS sekarang untuk menikmati kehidupan yang saya inginkan nanti. |