Soalan Lazim Mengenai PRS
Permohonan PRS
Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas layak membuat caruman dalam PRS. Anda hanya perlu menunjukkan bukti pengenalan diri: Kad pengenalan/ Polis/ Angkatan Tentera (bagi warga negara Malaysia) atau pasport (bagi warga asing). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri skim PRS, kerangka kerja kawal selia, faedah dan struktur, sila rujuk di seksyen PRS dan Anda.
Apabila membuat caruman PRS, anda perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti umur, pendapatan peribadi dan isi rumah, toleransi risiko, objektif persaraan serta kesesuaian dana yang berbeza di bawah pelbagai skim untuk memenuhi keperluan persaraan anda.
Di mana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai dana yang disediakan? Bagaimana untuk saya mengetahui pilihan manakah yang paling sesuai untuk saya?
Anda boleh membuat keputusan untuk memilih dana PRS atau tidak memilih dana PRS dengan melabur berdasarkan pilihan piawai di mana caruman diperuntukkan kepada dana PRS teras berdasarkan umur anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan dana, sila rujuk di laman Struktur PRS. Sementara itu, bagi senarai dana dan Penyedia PRS, sila rujuk di seksyen Penyedia & Skim PRS.
Seseeorang yang bankrap dan belum dilepaskan (“undischarge bankrupt”) tidak dihalang daripada menyertai skim persaraan swasta dengan membuka akaun. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang bankrap dan belum dilepaskan, anda mempunyai kewajipan dalam undang-undang untuk memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) sebarang aset atau harta anda termasuklah pelaburan dalam PRS sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta Kebankrapan 1967.
Memantau Caruman
Caruman minimum antara berbeza bergantung kepada Penyedia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jumlah caruman minimum bagi setiap Penyedia PRS, sila ke seksyen Penyedia & Skim PRS.
Individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh pembukaan akaun bagi akaun persaraan swasta boleh membuat caruman kepada mana-mana dana di bawah PRS. PRS ditawarkan kepada warga negara Malaysia dan kepada bukan warga negara. Untuk maklumat lanjut mengenai jenis-jenis caruman, sila rujuk ke halaman Mengenai Dana PRS.
Bolehkah suami/ isteri/ ibu bapa / pasangan saya mencarum kepada PRS bagi pihak saya?
Ya mereka boleh. Walau bagaimanapun, caruman kepada PRS harus dilakukan di bawah akaun PPA mereka sendiri.
Sebagai sebuah skim bersifat sukarela, tiada jumlah atau tempoh yang tertentu yang ditetapkan untuk membuat caruman. Individu boleh mencarum kepada PRS seberapa kerap yang mereka suka dan digalakkan untuk membuat caruman bulanan tetap untuk mengambil kesempatan atas “Pemurataan Kos Pelaburan” – suatu teknik yang direka untuk mengurangkan risiko pasaran melalui caruman sistematik pada jangka masa (bulanan) dan jumlah yang ditetapkan bagi mencapai matlamat persaraan yang dikehendaki. Ahli PRS boleh membuat caruman tambahan ke dana PRS melalui PRS Online Top Up atau melalui Penyedia PRS yang dipilih.
Bila saya boleh mula mencarum ke akaun PRS?
Caruman ke akaun PRS boleh dibuat pada masa yang sama atau sebelum membuka akaun PRS anda
Mula-mula, buat keputusan mengenai jumlah caruman, kemudian anda boleh buat pembayaran kepada Penyedia PRS sama ada melalui debit langsung atau pemindahan wang dalam talian. Caruman tambahan ke dalam dana anda boleh dilakukan melalui PRS Online Top Up iaitu perkhidmatan dalam talian PPA untuk kemudahan semua Ahli PRS. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRS Online, sila ke halaman PRS Online.
Bolehkah saya mengeluarkan dana daripada KWSP untuk mencarum kepada PRS?
PRS adalah simpanan persaraan secara sukarela dan merupakan tambahan kepada skim KWSP. Ahli-ahli tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk membuat pengeluaran daripada KWSP bagi tujuan caruman kepada PRS.
Maklumat caruman boleh diperoleh daripada akaun dalam talian PPA anda.
Pelaburan PRS tidak dijamin dan ia tidak mempunyai apa-apa polisi dividen minimum yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Dokumen Penzahiran dan Butiran Penting Produk untuk memahami risiko yang mungkin wujud sebelum melabur ke dalam PRS.
Sebagai seorang yang bankrap dan belum dilepaskan, anda atau majikan anda boleh terus mencarum kepada PRS. Anda masih akan menikmati hak-hak yang diberikan kepada Ahli-ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau memindahkan caruman ke Penyedia PRS yang lain Anda juga boleh memohon untk membuat pengeluaran bergantung kepada keadaan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Skim Persaraan Swasta (“Garis Panduan PRS”). Walau bagaimanapun, pengeluaran daripada akaun akan tertakluk kepada pengawasan dan syarat daripada Ketua Pengarah Insolvensi (“KPI”).
Caruman (Majikan)
Memandangkan PRS adalah skim sukarela, adalah tidak wajib bagi mana-mana majikan, pekerja atau individu untuk menyumbang. Semak dengan majikan anda jika mereka mempunyai program tajaan majikan untuk PRS. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman PRS untuk Majikan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh berjumpa dengan mana-mana Penyedia PRS atau hubungi PPA di talian 1300-131-772. Bagi senarai penuh Penyedia PRS, sila ke halaman Penyedia PRS & Skim.
Majikan yang menyumbang kepada PRS bagi pihak pekerja layak mendapat potongan cukai ke atas caruman yang melebihi kadar yang ditetapkan untuk caruman majikan KWSP, sehingga 19% . Sila ambil perhatian bahawa pelepasan cukai majikan hanya terpakai di mana syarikat adalah sebagai sebuah entiti.
Adakah saya secara peribadi layak untuk pelepasan cukai 19 %?
Tidak, hanya majikan yang menyumbang kepada PRS bagi pihak pekerja layak mendapat potongan cukai.
Sebagai seorang bankrap yang belum dilepaskan, anda atau majikan anda boleh terus menyumbang kepada PRS. Anda masih akan menikmati hak-hak yang diberikan kepada ahli-ahli PRS termasuklah hak untuk menukar dana atau memindahan caruman ke Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh memohon untuk melakukan pengeluaran mengikut keadaan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Skim Persaraan Swasta (“Garis Panduan PRS”). Walau bagaimanapun, pengeluaran daripada akaun adalah tertakluk kepada pengawasan dan syarat daripada Ketua Pengarah Insolvensi (“KPI”).
Penukaran & Pemindahan
Bolehkah ahli menukar dana dalam tempoh tahun pertama?
Penukaran antara dana daripada Penyedia yang sama dibenarkan dalam tahun pertama. Untuk maklumat lanjut mengenai Pertukaran, sila rujuk ke halaman Maklumat Penting Lain di bawah seksyen Menyertai PRS.
Kekerapan & Yuran
Berapa kali ahli boleh membuat penukaran dalam setahun? Apa yuran caj yang dikenakan?
Ahli PRS dibenarkan untuk membuat penukaran dana dalam skim ini, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen penzahiran skim. Oleh itu, sila rujuk kepada Dokumen Penzahiran skim masing-masing untuk mengetahui jumlah penukaran yang dibenarkan dalam setahun serta yuran dan caj yang dikenakan.
Kebankrapan
Apa yang berlaku kepada caruman dalam akaun PRS jika saya diisytiharkan bankrap selepas mengambil bahagian dalam skim ini? Adakah saya masih mampu untuk menukar dana?
Sebagai seorang bankrap yang belum dilepaskan, anda atau majikan anda masih boleh terus menyumbang kepada PRS. Anda masih akan menikmati hak-hak yang diberikan kepada ahli-ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau pemindahan jumlah caruman kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh memohon untuk pengeluaran mengikut keadaan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Skim Persaraan Swasta (“Garis Panduan PRS”). Walau bagaimanapun, pengeluaran daripada akaun akan tertakluk kepada pengawasan dan syarat daripada Ketua Pengarah Insolvensi (“KPI”).
Bolehkah ahli membuat pemindahan Penyedia dalam tahun pertama mencarum ke dalam PRS?
Pemindahan hanya boleh dibuat antara Penyedia selepas tahun pertama mencarum ke dalam PRS daripada tarikh caruman yang pertama.
Kekerapan & Yuran
Berapa kali secorang Ahli boleh membuat pemindahan dalam setahun? Apa yuran caj yang dikenakan?
Permohonan untuk melakukan pemindahan hanya boleh dibuat sekali setiap tahun kalendar (tiada sebarang pemindahan terdahulu antara Pemindahan atau Penyedia (Penyedia yang melepaskan) dalam tahun calendar tersebut). Sila rujuk ke laman Penyedia PRS berhubung yuran dan caj perkhidmatan berkaitan pemindahan.
Senario Pemindahan
Senario 1
Saya membuat caruman kepada Penyedia 1, Dana A pada 2 Januari 2013. Pada 2 Februari 2014, saya ingin untuk memindahkan semua caruman saya daripada Dana A kepada Penyedia 2, Dana C. Saya tidak membuat apa-apa pemindahan dalam tahun berkenaan. Adakah permohonan pemindahan saya akan diluluskan?
Ya, permohonan pemindahan anda akan diluluskan kerana:
1) Anda telah menyumbang dalam Dana A selama lebih satu tahun;
2) Ini adalah permohonan pemindahan pertama anda daripada Penyedia 1;
3) Anda memindahkan kepada dana tunggal.
Senario 2
Saya melabur dalam Penyedia 1 Dana A pada 2 Januari 2013. Pada 14 Februari 2014, saya mahu memindahkan semua pegangan saya daripada Dana A kepada Penyedia 2 Dana C dan Penyedia 3 Tabung D. Saya tidak pernah membuat apa-apa pemindahan lain dalam tahun berkenaan. Adakah pemindahan saya akan diluluskan?
Tidak, pemindahan anda tidak akan diluluskan kerana anda hanya dibenarkan untuk memindahkan kepada 1 dana. Untuk maklumat lanjut mengenai Pemindahan, sila rujuk ke halaman Maklumat Penting Lain di bawah seksyen Menyertai PRS.
Kebankrapan
Apa yang berlaku kepada caruman dalam akaun PRS jika saya diisytiharkan bankrap selepas mengambil bahagian dalam skim ini? Adakah saya boleh memindahkan dana antara Penyedia?
Sebagai seorang bankrap yang belum dilepaskan, anda atau majikan anda masih boleh terus menyumbang kepada PRS. Anda masih akan menikmati hak-hak yang diberikan kepada ahli-ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau pemindahan jumlah caruman kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh memohon untuk pengeluaran mengikut keadaan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Skim Persaraan Swasta (“Garis Panduan PRS”). Walau bagaimanapun, pengeluaran daripada akaun akan tertakluk kepada pengawasan dan syarat daripada Ketua Pengarah Insolvensi (“KPI”).
Pengeluaran
Pengeluaran persaraan boleh dilakukan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, sehari setelah Ahli PRS mencapai usia 55 tahun seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ahli PRS boleh menghubungi Perunding PRS atau Penyedia PRS mereka untuk mendapatkan dan menghantar borang pengeluaran.
1. Adakah terdapat amaun terhad berapa kali saya boleh membuat pengeluaran ketika bersara?
Tidak, tiada batas kekerapan untuk membuat pengeluaran persaraan.
2. Sekiranya pada mulanya saya melabur dalam PRS dan kemudian berhenti menyumbang, bilakah saya boleh membuat pengeluaran dari akaun PRS saya atau memindahkan ke Penyedia PRS yang lain?
Walaupun tidak ada sumbangan berulang setelah pelaburan awal, akaun PRS anda masih dianggap aktif dan pengeluaran atau pemindahan ke Penyedia PRS lain semasa persaraan masih dapat dilakukan.
Pemindahan, bagaimanapun hanya dapat dilakukan sekali dalam satu tahun kalendar. Setiap Penyedia PRS mempunyai bayaran dan caj yang berbeza berkaitan dengan pemindahan. Sila rujuk jadual perbandingan yuran ini untuk maklumat lebih lanjut.
3. Mengapa umur persaraan ditetapkan pada 55 tahun?
Bagi tujuan memberikan kebenaran untuk Ahli PRS membuat pengeluaran persaraan, ahli mestilah berumur sekurang-kurangnya 55 tahun, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ahli PRS akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan terhadap usia yang ditentukan sekarang.
4. Adakah penalti cukai 8% dikenakan pada jumlah pengeluaran persaraan penuh atau sebahagian?
Tidak ada penalti cukai untuk pengeluaran persaraan.
5. Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak membuat sebarang transaksi selama lebih dari 12 bulan setelah mencapai usia 100 tahun?
Ia akan dianggap sebagai wang tidak dituntut dan Pemegang Skim boleh memindahkan faedah terakru yang dipegang oleh Pemegang Amanah Skim kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut, mengikuti Akta Wang Tidak Dituntut 1965.
6. Apa yang berlaku dengan dana simpanan dalam akaun PRS saya sekiranya saya diisytiharkan muflis? Adakah saya masih dapat mengeluarkan dana?
Sebagai seorang berstatus muflis, anda atau majikan anda masih boleh terus menyumbang kepada PRS. Anda juga akan menikmati hak yang diberikan kepada Ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau memohon pemindahan sebarang faedah terakru kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh meminta penarikan balik persaraan. Walau bagaimanapun, pengeluaran dari akaun PRS anda adalah berdasarkan terma dan syarat daripada Ketua Pengarah Insolvensi.
Senario 1
Saya berumur 55 tahun dan saya ingin mengeluarkan sepenuhnya dari akaun PRS saya. Adakah saya akan dikenakan denda cukai?
Tidak. Ahli PRS boleh membuat pengeluaran persaraan penuh atau separa tanpa penalti cukai setelah mencapai usia 55 tahun, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Senario 2
Saya adalah pekerja yang berumur 55 tahun ke atas, tetapi masih dalam pekerjaan dan saya terus menyimpan di PRS. Adakah saya masih dikenakan penalti cukai 8% semasa mengeluarkan dari akaun PRS saya?
Tidak. Pengeluaran persaraan tanpa penalti cukai dibenarkan untuk Ahli PRS yang berumur 55 tahun ke atas, walaupun mereka masih dalam pekerjaan. Walaupun pengeluaran sekaligus dibenarkan, Ahli PRS digalakkan untuk menyimpan simpanan mereka untuk pelaburan berterusan dengan PRS, dan mempertimbangkan untuk membuat pengeluaran bulanan secara tetap untuk menampung tahun keemasan mereka.
Pengeluaran pra-persaraan boleh dibuat dengan alasan berikut:
Pengeluaran pra-prasaraan dari sub-akaun B hanya boleh dibuat dari dana PRS satu tahun selepas tarikh pendaftaran, kecuali sekiranya pengeluaran ingin dibuat secara tetap.
Pengeluaran Pra-Persaraan untuk Tujuan Umum boleh dibuat, sebahagian atau sepenuhnya, dari sub-akaun B, yang menyimpan 30% simpanan PRS ahli. Pengeluaran dibenarkan satu tahun selepas tarikh pendaftaran dan sekali setiap tahun kalendar serta dikenakan penalti cukai 8% dari jumlah pengeluaran.
1. Adakah cukai 8% dikenakan pada jumlah pengeluaran penuh atau jumlah bersih ditolak yuran dan caj?
Penalti cukai sebanyak 8% yang dikenakan pada pengeluaran pra-persaraan akan dikenakan pada jumlah pengeluaran penuh.
2. Apakah yuran yang akan dikenakan?
- Untuk bayaran berkaitan Penyedia PRS, sila lihat jadual perbandingan yuran ini.
- Untuk bayaran berkaitan PPA, sila rujuk halaman maklumat penting lain.
3. Bagaimana saya boleh membuat pengeluaran pra-persaraan?
Anda boleh menghubungi Perunding PRS atau Penyedia PRS anda untuk mendapatkan dan menghantar borang pengeluaran.
4. Sekiranya saya tidak mahu menyumbang kepada PRS lagi, bolehkah saya mengeluarkan semua wang saya dan menutup akaun PRS saya?
Anda boleh berhenti menyumbang kepada PRS pada bila-bila masa, tetapi anda hanya boleh menarik diri dari sub-akaun A, yang menyimpan 70% simpanan PRS anda setelah mencapai usia 55 tahun, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini untuk memastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk tahun persaraan anda.
Sebelum berumur 55 tahun, setelah anda menjadi Ahli PRS selama sekurang-kurangnya satu tahun, anda boleh membuat pengeluaran pra-persaraan untuk tujuan umum dari sub-akaun B, yang menyimpan 30% simpanan PRS anda. Pengeluaran boleh dilakukan sebanyak sekali setiap tahun kalendar dan dikenakan penalti cukai 8% dari jumlah yang dikeluarkan. Selain itu,Ahli PRS juga mempunyai pilihan untuk menukar simpanan PRS mereka ke dana lain dalam Penyedia PRS yang sama atau memindahkannya ke dana Penyedia PRS yang lain. Bayaran untuk permohonan pertukaran dan pemindahan berbeza mengikut Penyedia PRS. Sila lihat jadual perbandingan yuran kami atau berjumpa dengan Penyedia PRS masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.
5. Apa yang berlaku dengan caruman dalam akaun PRS saya sekiranya saya diisytiharkan muflis? Adakah saya masih dapat mengeluarkan dana?
Sebagai seorang berstatus muflis, anda atau majikan anda masih boleh terus menyumbang kepada PRS. Anda juga akan menikmati hak yang diberikan sebagai Ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau meminta pemindahan sebarang faedah terakru kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh meminta pengeluaran pra-persaraan untuk tujuan umum. Walau bagaimanapun, pengeluaran dari akaun PRS anda akan tertakluk kepada pengawasan dan syarat daripada Ketua Pengarah Insolvensi.
Senario
Saya melabur dalam Dana A Penyedia 1 dan Dana B Penyedia 2 pada 2 Januari 2013. Pada 2 Februari 2014, saya ingin membuat pengeluaran pra-persaraan dari Dana A dan Dana B. Saya belum membuat pengeluaran pra-persaraan untuk tahun ini . Adakah pengeluaran pra-persaraan saya akan diluluskan?
Ya, pengeluaran pra-persaraan anda akan disetujui kerana:
II Anda belum membuat pengeluaran pra-persaraan untuk tahun ini.
Penghijrahan Kekal daripada Malaysia merujuk kepada penyerahan izin kerja atau kewarganegaraan Malaysia untuk tempoh kekal. Pengeluaran mesti dibuat sepenuhnya dari sub-akaun A dan B, dan borang pengeluaran boleh diperoleh dari, dan diserahkan kepada, Penyedia PRS atau Perunding PRS.
1. Dokumen apa yang diperlukan untuk saya membuat pengeluaran pra-persaraan kerana penghijrahan kekal?
- Borang Pengeluaran Penyedia PRS
- Kad pengenalan original dan Salinan (depan dan belakang) dengan jelas menunjukkan nama penuh dan nombor pengenalan; dan
- Surat Penolakan Kewarganegaraan Malaysia (Borang K/Borang Y); atau
- Surat Pengesahan Penyerahan Kad Pengenalan dari Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN); atau
- Surat Pengesahan Penyerahaan Kad Pengenalan dari Kedutaan Besar Malaysia/Suruhanjaya Tinggi Malaysia/Konsulat Malaysia di negara asing.
2. Dokumen apa yang diperlukan untuk ekspatriat atau pekerja asing?
- Borang Pengeluaran Penyedia PRS
- Kad pengenalan original dan Salinan (depan dan belakang) dengan jelas menunjukkan nama penuh dan nombor pengenalan; dan
- Surat peletakan jawatan/ penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan / bukti penamatan kerja; atau
- Penyata pelepasan cukai pendapatan; atau
- Pembatalan permit kerja.
3. Dokumen apa yang diperlukan untuk warga asing yang tidak bekerja?
- Borang Pengeluaran Penyedia PRS
- Kad pengenalan original dan Salinan (depan dan belakang) dengan jelas menunjukkan nama penuh dan nombor pengenalan; dan
- Bukti pembatalan pas lawatan sosial jangka panjang.
4. Bagaimana Ahli PRS, yang berumur 55 tahun ke atas, yang akan meninggalkan negara secara kekal membuat pengeluaran penuh?
Ahli PRS yang berumur 55 tahun ke atas boleh membuat pengeluaran persaraan pada bila-bila masa, sebahagian atau sepenuhnya. Hubungi Penyedia PRS atau Perunding PRS anda untuk mendapatkan dan menghantar borang pengeluaran.
5. Apa yang berlaku dengan sumbangan dalam akaun PRS saya sekiranya saya diisytiharkan muflis? Adakah saya masih dapat mengeluarkan dana?
Sebagai seorang status muflis, anda masih menikmati hak yang diberikan sebagai ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau meminta pemindahan sebarang faedah terakru kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh membuat permintaan untuk pengeluaran pra-persaraan kerana penghijrahan kekal. Walau bagaimanapun, pengeluaran dari akaun PRS anda adalah tertakluk kepada pengawasan dan syarat dari Ketua Pengarah Insolvensi.
Senario
Saya seorang warga asing dan berhenti bekerja di Malaysia sebelum berumur 55 tahun. Bolehkah saya mengeluarkan semua wang saya?
Ya, anda berhak membuat pengeluaran penuh dari sub-akaun A dan B tanpa penalti cukai kerana ini dianggap sebagai pengeluaran sebelum persaraan kerana penghijrahan kekal. Anda akan diminta untuk memberikan senarai dokumentasi berikut :
- Borang Pengeluaran Penyedia PRS
- Kad pengenalan original dan Salinan (depan dan belakang) dengan jelas menunjukkan nama penuh dan nombor pengenalan; dan
- Surat peletakan jawatan / penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan / bukti penamatan kerja; atau
- Penyata pelepasan cukai pendapatan; atau
- Pembatalan permit kerja.
Amaun pengeluaran untuk perumahan yang dibenarkan
Jenis Pengeluaran | Amaun pengeluaran untuk perumahan yang dibenarkan |
Pengeluaran untuk Membeli Rumah melalui pinjaman atau pembiayaan sendiri | Perbezaan antara harga pembelian dan jumlah pinjaman yang diluluskan + 10% daripada harga belian (untuk ahli yang mempunyai pinjaman perumahan) atau kos pembelian + tambahan 10% (untuk pembiayaan sendiri);
ATAU Keseluruhan simpanan di sub-akaun B (mana yang lebih rendah tetapi dikenakan jumlah pengeluaran minimum RM500) |
Pengeluaran untuk Membina Rumah melalui pinjaman atau pembiayaan sendiri | Perbezaan antara kos pembinaan rumah dan jumlah pinjaman yang diluluskan + 10% daripada kos pembinaan (untuk ahli dengan pinjaman perumahan) atau tambahan 10% (untuk pembiayaan sendiri)
ATAU Keseluruhan simpanan di sub-akaun B (mana yang lebih rendah tetapi dikenakan jumlah pengeluaran minimum RM500) |
Pengeluaran untuk Mengurangkan atau menebus Pinjaman Perumahan | Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU Keseluruhan simpanan di sub-akaun B (mana yang lebih rendah tetapi dikenakan jumlah pengeluaran minimum RM500) |
1. Adakah saya layak membuat pengeluaran untuk tujuan perumahan?
Mana-mana Ahli PRS (warganegara Malaysia atau warga asing) bawah usia 55 tahun layak membuat pengeluaran pra-persaraan dari sub-akaun B untuk tujuan perumahan tanpa penalti cukai 8%. Pemohon mestilah menjadi Ahli PRS untuk sekurang-kurangnya satu tahun dan mempunyai baki minimum RM500 dalam sub-akaun B.
2. Apakah syarat untuk memohon pengeluaran untuk tujuan perumahan?
Ahli boleh memohon pengeluaran rumah dengan syarat baki minimum RM500 di sub-akaun B.
3. Apakah jenis Pengeluaran Perumahan yang dibenarkan untuk pengeluaran yang berkaitan dengan perumahan?
Terdapat 3 jenis pengeluaran perumahan:
- Pengeluaran untuk pembelian rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk mengurangkan/ menebus pinjaman perumahan
4. Di mana saya boleh mendapatkan borang pengeluaran untuk perumahan?
Anda boleh memuat turun salinan Borang Pengeluaran Perumahan PRS – Beli atau Bina Rumah, Borang Pengeluaran Perumahan PRS – Mengurangkan atau Menebus Pinjaman Perumahan dan Panduan Mengisi Borang Pengeluaran Perumahan.
5. Bagaimana saya boleh membuat permohonan?
Anda boleh menghubungi Perunding PRS anda untuk mendapatkan bantuan atau anda boleh menghantar permohonan anda kepada Penyedia PRS masing-masing.
6. Berapa lama masa pemprosesan wang dikeluarkan selepas permohonan?
Setelah permohonan diluluskan, jumlah permohanan yang dilulukan akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa 10 hari bekerja.
7. Bagaimana saya ingin tahu sama ada status permohonan saya dilulus atau ditolak?
Anda boleh menghubungi Penyedia PRS masing-masing. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi PPA di talian 1300-131-772.
8. Sebagai pembeli bersama, adakah ahli masih layak untuk membuat permohonan pengeluaran rumah?
Ya, Ahli PRS layak untuk membuat permohonan pengeluaran perumahan selagi ahli tersebut adalah pembeli atau pembeli bersama dan peminjam, atau peminjam bersama untuk membiayai pinjaman.
9. Berapa kali ahli boleh membuat permohonan pengeluaran rumah?
Anda layak membuat pengeluaran sekali setiap tahun kalendar, dengan menyerahkan semua dokumentasi yang diperlukan seperti yang dijelaskan di Panduan Mengisi Borang Pengeluaran Perumahan.
10. Adakah permohonan pengeluaran perumahan hanya terhad untuk satu dana PRS pada satu masa?
Tidak. Anda boleh membuat pengeluaran dari semua Penyedia PRS yang anda mempunyai akaun.
11. Adakah saya layak membuat pengeluaran pra-persaraan untuk perumahan sekiranya saya diisytiharkan muflis?
Sebagai muflis, anda masih menikmati hak yang diberikan sebagai ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau meminta pemindahan sebarang faedah terakru kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga layak membuat pengeluaran pra-persaraan untuk tujuan perumahan. Walau bagaimanapun, pengeluaran dari akaun PRS anda adalah tertakluk kepada pengawasan dan syarat dari Ketua Pengarah Insolvensi.
Borang
Pengeluaran pra-persaraan untuk tujuan penjagaan penjagaan kesihatan dari sub-akaun B adalah tanpa penalti cukai dan boleh dibuat sekali dalam satu tahun kalendar daripada setiap Penyedia PRS, dan pemohon mestilah telah menjadi Ahli PRS sekurang-kurangnya satu tahun.
Pengeluaran untuk tujuan penjagaan kesihatan boleh dilakukan sama ada untuk diri sendiri dan ahli keluarga terdekat, dan merangkumi senarai penyakit, termasuk peralatan perubatan dan / atau ubat-ubatan, yang dijelaskan dalam dokumen di bawah:
Senarai Penyakit (Source: Schedule J, Guidelines on PRS, 21 Feb 2020)
- Adakah saya layak membuat pengeluaran untuk tujuan penjagaan kesihatan?
Mana-mana Ahli PRS (warganegara Malaysia atau warga asing) berusia bawah 55 tahun layak membuat pengeluaran pra-persaraan dari sub-akaun B untuk tujuan penjagaan kesihatan tanpa penalti cukai 8%, dan pemohon mestilah telah menjadi Ahli PRS sekurang-kurangnya satu tahun. - Masalah atau situasi perubatan apa yang diliputi pengeluaran untuk penjagaan kesihatan?
Anda boleh merujuk senarai penyakit yang dijelaskan dalam Panduan Mengisi Borang Pengeluaran Penjagaan Kesihatan. - Di mana saya boleh mendapatkan borang pengeluaran untuk tujuan penjagaan kesihatan?
Anda boleh memuat turun salinan Borang Pengeluaran PRS untuk Penjagaan Kesihatan dan Panduan Mengisi Borang Pengeluaran Penjagaan Kesihatan. - Bolehkah kita juga memohon pengeluaran penjagaan kesihatan untuk penggunaan ahli keluarga?
Ya anda boleh. Anda boleh membuat pengeluaran dari sub-akaun B untuk tujuan penjagaan kesihatan untuk diri sendiri atau ahli keluarga terdekat yang merangkumi pasangan, anak-anak (anak kandung/anak angkat/anak tiri), ibu bapa (kandung/angkat/tiri), dan adik-beradik kandung. - Bagaimana saya boleh membuat permohonan?
Anda boleh menghubungi Perunding PRS anda untuk mendapatkan bantuan atau anda boleh menghantar permohonan anda kepada Penyedia PRS masing-masing. - Berapa lamakah proses untuk wang dikeluarkan setelah permohonan dibuat?
Setelah permohonan diluluskan, jumlah permohonan wang yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 10 hari bekerja. - Bagaimanakah saya ingin tahu sama ada status permohonan saya diluluskan atau ditolak?
Anda boleh menghubungi Penyedia PRS masing-masing. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi PPA di talian 1300-131-772. - Berapa kalikah saya boleh membuat permohonan pengeluaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan dalam setahun?
Anda layak membuat pengeluaran sekali setiap tahun kalendar dengan menyerahkan semua dokumentasi yang diperlukan seperti yang dijelaskan di bawah Panduan Mengisi Borang Pengeluaran Penjagaan Kesihatan. - Adakah permohonan pengeluaran penjagaan kesihatan hanya terhad untuk satu dana PRS pada satu masa?
Tidak. Anda boleh membuat pengeluaran daripada semua Penyedia PRS yang anda mempunyai akaun dengannya. - Adakah permohonan pengeluaran rawatan kesihatan ini hanya terhad kepada rawatan dalam negara?
Tidak. Anda boleh membuat pengeluaran untuk rawatan dalam dan luar negara. - Sekiranya Ahli PRS tidak dapat membuat permohonan itu sendiri atau tidak dalam keadaan boleh melakukannya atau tidak dapat menandatangani dokumen yang diperlukan kerana penyakit atau sebab lain yang boleh diterima, bolehkah permohonan itu dibuat oleh orang lain bagi pihaknya ?
Ya. Sekiranya ahli tidak dapat menandatangani borang pengeluaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan di atas alasan kesihatan, ahli boleh menandatangani menggunakan cap ibu jari atau melantik orang lain melalui surat kuasa. - Adakah saya layak membuat pengeluaran pra-persaraan untuk tujuan penjagaan kesihatan sekiranya saya diisytiharkan muflis?
Sebagai status muflis, anda masih akan menikmati hak yang diberikan kepada ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau meminta pemindahan sebarang faedah terakru kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga layak membuat pengeluaran pra-persaraan untuk tujuan penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, pengeluaran dari akaun PRS anda akan dikenakan pengawasan dan syarat dari Ketua Pengarah Insolvensi.
Senario Pengeluaran untuk Penjagaan Kesihatan
Contoh 1: Bil perubatan ahli adalah RM3,000.
Ahli telah mengeluarkan wang sebanyak RM2,000 dari KWSP/menuntut insurans peribadi/majikan telah dibayar.
Ahli masih berhak mengeluarkan RM3,000 dari PRS mengikut bil perubatannya.
Contoh 2: Bil perubatan ahli adalah RM500. Ahli mempunyai beberapa penyedia. Baki dalam sub akaun B seperti yang ditunjukkan di bawah:
Sub-akaun B di Penyedia A: RM500
Sub-akaun B di Penyedia B: RM500
Sub-akaun B di Penyedia C: RM400
Ahli menyerahkan borang pengeluaran berasingan kepada setiap Penyedia A, Penyedia B dan Penyedia C.
Penyedia akan menerima makluman setelah PPA meluluskan permohonan pengeluaran.
Contoh 3: Bil perubatan ahli adalah RM1,000. Ahli mempunyai beberapa penyedia. Baki dalam sub akaun B seperti yang ditunjukkan di bawah:
Sub-akaun B di Penyedia A: RM500
Sub-akaun B di Penyedia B: RM400
Sub-akaun B di Penyedia C: RM400
Ahli menyerahkan borang pengeluaran berasingan kepada setiap Penyedia A, Penyedia B dan Anggota Penyedia C.
Ahli berhak mengeluarkan RM500 dari Penyedia A, RM400 dari Penyedia B, dan RM400 dari Penyedia C sehingga jumlah maksimum bil perubatan tersebut.
Contoh 4: Bil perubatan ahli adalah RM1,000. Ahli mempunyai beberapa penyedia. Baki dalam sub-akaun B seperti yang ditunjukkan di bawah:
Sub-akaun B di Penyedia A: RM500
Sub-akaun B di Penyedia B: RM400
Ahli menyerahkan borang pengeluaran kepada Penyedia A untuk mengeluarkan hanya RM400 walaupun jumlah bil perubatan adalah RM1,000. Ahli berhak mengeluarkan jumlah tersebut.
Borang
Setelah kematian ahli, proses pengeluaran adalah bergantung pada proses penamaan.
Sekiranya penamaan dibuat, penama boleh mengeluarkan simpanan PRS ahli yang telah meninggal dunia mengikuti peratusan yang diperuntukkan seperti yang dinyatakan dalam borang penamaan. Perincian mengenai cara-cara membuat pengeluaran, maklumat mengenai cara-cara mendapatkan status penamaan ahli yang meninggal dunia dan borang-borang yang berkaitan boleh didapati di halaman khusus PPA mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Penamaan.
Sekiranya tiada penamaan, maka baki PRS akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir harta waris si mati.
1. Dokumen apa yang diperlukan untuk membuat pengeluaran jika tidak ada penamaan?
- Salinan Borang Pengeluaran Penyedia PRS;
- Salinan IC / pasport Ahli PRS yang telah meninggal yang menunjukkan nama lengkap dan nombor pengenalan/nombor pasport;
- Salinan dokumen yang menunjukkan nombor akaun PPA;
- Asal dan salinan Sijil Kematian;
- Asal dan salinan Surat Pentadbiran (Letter of Administration)/Pemberian Probet;
- Salinan IC pelaksana/pentadbir; dan
- Salinan akaun bank pelaksana/pentadbir (bukan muka depan).
2. Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapat baki PRS?
3. Bagaimana jika ahli yang meninggal mempunyai banyak akaun PRS?
- Bagaimana PTD, SD dan MD ditakrifkan untuk pengeluaran ini?
Sila rujuk Panduan Melengkapkan Borang Pengeluaran PRS untuk PTD, SD atau MD untuk senarai definisi untuk PTD, SD dan MD. - Bagaimana saya membuat pengeluaran untuk PTD, SD atau MD?
Pengeluaran boleh dibuat kepada Penyedia PRS yang berkenaan dengan melengkapkan Borang Pengeluaran PRS untuk PTD, SD dan MD, disertakan dengan laporan perubatan untuk PTD,SD atau MD yang disediakan oleh doktor yang merawat ahli. Pastikan semua dokumen sokongan yang dikemukakan adalah salinan yang sah dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, lengkap dengan nama, alamat dan cop rasmi Pesuruhjaya Sumpah.Untuk keterangan lebih lanjut, termasuk mengenai permohonan pengeluaran segera, sila rujuk Panduan Mengisi Borang Pengeluaran PRS untuk PTD, SD atau MD. - Bagaimana jika saya didiagnosis menghidap PTD, SD atau MD ketika berumur 55 tahun atau lebih, adakah saya masih boleh membuat pengeluaran persaraan?
Ya. Ahli PRS yang berumur 55 tahun ke atas boleh membuat pengeluaran persaraan pada bila-bila masa, secara sebahagian atau keseluruhan. Hubungi Penyedia PRS atau Perunding PRS anda untuk mendapatkan dan menghantar borang pengeluaran. - Bolehkah saudara terdekat membuat pengeluaran bagi pihak Ahli PRS yang tidak berupaya kerana PTD, SD atau MD?
Sekiranya ahli tidak dapat menguruskan urusan peribadi atau kewangan mereka, dan memerlukan bantuan pihak ketiga untuk melengkapkan dan menandatangani borang pengeluaran kerana PTD, SD dan MD bagi pihak mereka, maka pihak ketiga mesti memenuhi salah satu kriteria berikut:- Dilantik oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa untuk menguruskan urusan Ahli tersebut. Salinan sebenar daripada perintah mahkamah yang berkaitan adalah diperlukan.
- Dilantik oleh ahli melalui surat kuasa. Salinan surat kuasa yang diperakui yang didaftarkan dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Malaysia diperlukan.
Dalam kes PTD sahaja, di mana ahli tidak dapat menandatangani borang pengeluaran, cap ibu jari boleh diterima sebagai ganti tandatangan, dengan syarat terdapat Perunding PRS dan doktor yang merawat untuk mengesahkan dan mengesahkan persetujuan dan ketidakmampuan ahli untuk menandatangani borang pengeluaran.
- Bagaimanakah kaedah pembayaran yang akan dibuat?
Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli atau cek akan dikeluarkan atas nama ahli. Perintah undang-undang yang mengizinkan pembayaran dibuat kepada pihak ketiga akan diputuskan berdasarkan kes demi kes setelah berunding antara PPA dan Penyedia PRS yang berkenaan. - Setelah ahli didiagnosis menghidap PTD, SD atau MD, berapa lamakah pengeluaran mesti dibuat dari tempoh diagnosis?
Tidak ada had masa, tetapi borang pengeluaran mesti diserahkan kepada Penyedia PRS dalam masa satu tahun dari tarikh laporan perubatan - Apa yang berlaku dengan sumbangan dalam akaun PRS saya sekiranya saya diisytiharkan muflis? Adakah saya masih dapat mengeluarkan dana?
Sebagai seorang berstatus muflis, anda atau majikan anda masih boleh terus menyumbang kepada PRS. Anda masih menikmati hak yang diberikan sebagai Ahli PRS termasuk hak untuk menukar dana atau meminta pemindahan sebarang faedah terakru kepada Penyedia PRS yang lain. Anda juga boleh memohon pengeluaran disebabkan oleh PTD, SD atau MD. Walau bagaimanapun, pengeluaran dari akaun PRS anda adalah tertakluk kepada pengawasan dan syarat dari Ketua Pengarah Insolvensi.
Borang
- Borang Pengeluaran PRS untuk Hilang Upaya Keseluruhan Kekal (PTD)/Penyakit Kritikal (SD)/Ketidakupayaan Mental (MD)
- Laporan Perubatan Mengenai Pesakit Yang Membuat Pengeluaran Daripada PRS Untuk Hilang Upaya Keseluruhan Kekal (PTD)
- Laporan Perubatan Mengenai Pesakit yang membuat Pengeluaran PRS Untuk Penyakit Kritikal (SD)
- Laporan Perubatan Mengenai Pesakit yang membuat Pengeluaran PRS Untuk Ketidakupayaan Mental (MD)
- Panduan untuk melengkapkan borang pengeluaran PRS untuk hilang upaya keseluruhan kekal (PTD)/penyakit kritikal (SD)/ketidakupayaan mental (MD)